Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri and Price Tag.

Hari Raya Aidilfitri sudah semestinya sebuah perayaan yang indah bagi kaum muslim. Kemeriahannya makin terasa tatkala kanak-kanak riang bermain mercun, beraya dari rumah ke rumah serta keluarga di bandar pulang ke kampung halaman berjumpa serta berhimpun bersama sanak saudara. Aidilfitri adalah jambatan untuk kita menjalinkan kembali hubungan Silaturrahim yang sudah lama terputus. Kalau sudah lama tak berjumpa, haruslah nak bermaaf-maafan kan? Takkan dah bertahun dah jumpa pun still nak bergaduh?

Entry aku kali ini nak menceritakan tentang kemeriahan susana hari raya. Aku masih ingat lagi peristiwa yang seakan-akan baru sahaja semalam terjadi. Aku yang masih di bangku sekolah mengajak rakan-rakan untuk pergi beraya ke rumah jiran-jiran. Jiran-jiran yang tak pernah kami bertegur sapa dan jiran-jiran inilah yang kami lontarkan mercun Bola dan Ketupat ke rumah mereka ketika Jemaah surau khusyuk menunaikan Tarawih. Betapa nakalnya kami sehingga tergamak melakukan perkara sebegitu.

Tapi bukan itu yang aku nak ketengahkan dalam entri ini. Aku ingin bertanya, Apakah sebabnya ketika kita kecil, kita dengan muka tebal bak tembok Besar China pergi beraya rumah orang yang tak dikenali? Pergi beraya rumah-rumah dengan penuh semangatnya ? Ya, tak lain tak bukan dah semestinya adalah kerana DUIT. Sedari kecil kita dah disuapkan dengan makanan Materialistik sehingga Aidilfitri yang kita sangkakan indah ini hanya palsu semata-mata jika niat kita sehingga dewasa ini hanyalah kerana wang semata-mata. Sedangkan Aidilfitri adalah sebuah perayaan kemerdekaan kita menyambut kemenangan menentang nafsu di bulan Ramadhan. Tetapi alangkah sayangnya apabila ia dicemari oleh duit-duit yang diberikan oleh orang dewasa kepada si kecil. Bukan itu yang di suruh oleh Rasul kita.

Jadi jangan hairanlah apabila baju-baju raya yang mahal harganya serta ketebalan poket kaum muslimin dan muslimat yang menjadi perhatian. Sehinggakan kita alpa tentang sebab mengapa di adakan perayaan yang sebegini. Alangkah indahnya jika orang-orang dewasa menghulurkan kasih sayang dengan beramah mesra bersama si anak kecil instead of giving them money? Aku dah penat hidup di dunia materialistik. Aku hanya ingin menyuarakan pendapat kecil dar benak fikiran ku yang tak seberapa ini. Salam, Moga perayaan Aidilfri ini lebih bermakna buat semua kaum Muslimin dan Muslimat. Ramadhan, wait for me next year :)

No comments:

Post a Comment

Followers