Tuesday, December 11, 2012

Aku tak tahu tajuk apa yang sesuai untuk entry aku yang muncul secara tiba-tiba ini. Mungkin aku akan paparkan sahaja entry ini tanpa perlu apa-apa tajuk sama seperti aku tak dapat nak samakan "Dia" dengan mana-mana perumpamaan.

Tujuan asal aku menekan semula papan kekunci pada waktu 10.36pm malam ini adalah kerana untuk menenangkan hati aku yang memang seringkali hitam dan penuh perasaan benci yang membuak-buak. Bukan benci pada sesiapa, tapi pada sifat fanaticism, hedonism dan materialism yang ada dalam hampir keseluruhan kalangan masyarakat kita. Jadi, ada baiknya aku bercerita tentang sejarah perkenalan aku dengan dia ni.

Tak. Detik perkenalan aku dengan dia tak bermula dengan peristiwa 'cute', manis, romantik dan sebagainya. Tidak ada saat-saat romantik seperti yang dipaparkan dalam movie-movie hollywood, bollywood dan movie tempatan sekalipun. Tak ada saat di mana aku berjalan-jalan dan terlanggar bahu dia lalu buku-bukunya bertaburan jatuh atas lantai dan aku tolong mengutipnya lantas terbit rasa cinta. Aku juga tak pernah menjadi hero yang melompat lalu mendakap dia dalam pelukan untuk mengelakkan dia dari terlibat dalam mana-mana kemalangan. Tak, hidup aku dipenuhi realiti dan realiti tak pernah seakan-akan dalam filem/ muzik video yang sering ditayangkan.

Kami bermula sebagai kawan. Kawan yang rapat. Malah, dia adalah kawan perempuan aku yang paling rapat pernah ada. Dan sebab dialah aku kenal beberapa kenalan kawan perempuan yang lain. Aku, tak gemar berkawan dengan perempuan sebelum ini.

Aku berjanji pada dia aku akan tuliskan sebuah surat karangan bertulis khas untuk dia. Tapi sampai sekarang, aku tak ada berkesempatan dan tak berkemahiran untuk menulis dalam realiti menggunakan mata pena yang sebenar. Dan mulai malam ini, aku mulai gerakkan minda aku untuk terus fokus berfikir tentang dia agar terbit bunga-bunga idea yang indah tentang diri dia. Sedikit demi sedikit, minda aku akan tertumpu pada dia dan terus bermula menulis lagi tentang dia mulai malam ini sehingga ke hari-hari yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Followers