Tuesday, December 11, 2012

Aku tak tahu tajuk apa yang sesuai untuk entry aku yang muncul secara tiba-tiba ini. Mungkin aku akan paparkan sahaja entry ini tanpa perlu apa-apa tajuk sama seperti aku tak dapat nak samakan "Dia" dengan mana-mana perumpamaan.

Tujuan asal aku menekan semula papan kekunci pada waktu 10.36pm malam ini adalah kerana untuk menenangkan hati aku yang memang seringkali hitam dan penuh perasaan benci yang membuak-buak. Bukan benci pada sesiapa, tapi pada sifat fanaticism, hedonism dan materialism yang ada dalam hampir keseluruhan kalangan masyarakat kita. Jadi, ada baiknya aku bercerita tentang sejarah perkenalan aku dengan dia ni.

Tak. Detik perkenalan aku dengan dia tak bermula dengan peristiwa 'cute', manis, romantik dan sebagainya. Tidak ada saat-saat romantik seperti yang dipaparkan dalam movie-movie hollywood, bollywood dan movie tempatan sekalipun. Tak ada saat di mana aku berjalan-jalan dan terlanggar bahu dia lalu buku-bukunya bertaburan jatuh atas lantai dan aku tolong mengutipnya lantas terbit rasa cinta. Aku juga tak pernah menjadi hero yang melompat lalu mendakap dia dalam pelukan untuk mengelakkan dia dari terlibat dalam mana-mana kemalangan. Tak, hidup aku dipenuhi realiti dan realiti tak pernah seakan-akan dalam filem/ muzik video yang sering ditayangkan.

Kami bermula sebagai kawan. Kawan yang rapat. Malah, dia adalah kawan perempuan aku yang paling rapat pernah ada. Dan sebab dialah aku kenal beberapa kenalan kawan perempuan yang lain. Aku, tak gemar berkawan dengan perempuan sebelum ini.

Aku berjanji pada dia aku akan tuliskan sebuah surat karangan bertulis khas untuk dia. Tapi sampai sekarang, aku tak ada berkesempatan dan tak berkemahiran untuk menulis dalam realiti menggunakan mata pena yang sebenar. Dan mulai malam ini, aku mulai gerakkan minda aku untuk terus fokus berfikir tentang dia agar terbit bunga-bunga idea yang indah tentang diri dia. Sedikit demi sedikit, minda aku akan tertumpu pada dia dan terus bermula menulis lagi tentang dia mulai malam ini sehingga ke hari-hari yang seterusnya.

Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri and Price Tag.

Hari Raya Aidilfitri sudah semestinya sebuah perayaan yang indah bagi kaum muslim. Kemeriahannya makin terasa tatkala kanak-kanak riang bermain mercun, beraya dari rumah ke rumah serta keluarga di bandar pulang ke kampung halaman berjumpa serta berhimpun bersama sanak saudara. Aidilfitri adalah jambatan untuk kita menjalinkan kembali hubungan Silaturrahim yang sudah lama terputus. Kalau sudah lama tak berjumpa, haruslah nak bermaaf-maafan kan? Takkan dah bertahun dah jumpa pun still nak bergaduh?

Entry aku kali ini nak menceritakan tentang kemeriahan susana hari raya. Aku masih ingat lagi peristiwa yang seakan-akan baru sahaja semalam terjadi. Aku yang masih di bangku sekolah mengajak rakan-rakan untuk pergi beraya ke rumah jiran-jiran. Jiran-jiran yang tak pernah kami bertegur sapa dan jiran-jiran inilah yang kami lontarkan mercun Bola dan Ketupat ke rumah mereka ketika Jemaah surau khusyuk menunaikan Tarawih. Betapa nakalnya kami sehingga tergamak melakukan perkara sebegitu.

Tapi bukan itu yang aku nak ketengahkan dalam entri ini. Aku ingin bertanya, Apakah sebabnya ketika kita kecil, kita dengan muka tebal bak tembok Besar China pergi beraya rumah orang yang tak dikenali? Pergi beraya rumah-rumah dengan penuh semangatnya ? Ya, tak lain tak bukan dah semestinya adalah kerana DUIT. Sedari kecil kita dah disuapkan dengan makanan Materialistik sehingga Aidilfitri yang kita sangkakan indah ini hanya palsu semata-mata jika niat kita sehingga dewasa ini hanyalah kerana wang semata-mata. Sedangkan Aidilfitri adalah sebuah perayaan kemerdekaan kita menyambut kemenangan menentang nafsu di bulan Ramadhan. Tetapi alangkah sayangnya apabila ia dicemari oleh duit-duit yang diberikan oleh orang dewasa kepada si kecil. Bukan itu yang di suruh oleh Rasul kita.

Jadi jangan hairanlah apabila baju-baju raya yang mahal harganya serta ketebalan poket kaum muslimin dan muslimat yang menjadi perhatian. Sehinggakan kita alpa tentang sebab mengapa di adakan perayaan yang sebegini. Alangkah indahnya jika orang-orang dewasa menghulurkan kasih sayang dengan beramah mesra bersama si anak kecil instead of giving them money? Aku dah penat hidup di dunia materialistik. Aku hanya ingin menyuarakan pendapat kecil dar benak fikiran ku yang tak seberapa ini. Salam, Moga perayaan Aidilfri ini lebih bermakna buat semua kaum Muslimin dan Muslimat. Ramadhan, wait for me next year :)

Sunday, August 28, 2011

Ingatlah Orang Yang Tersayang.

Aku terdetik nak post sedikit peringatan untuk semua orang. Hidup ni bukan macam video game, Mati je boleh restart. Main "Need For Speed", asal terbabas je boleh nak restart..... TAK. Kereta kau Volvo ke Hummer sekalipun, Kalau dah terbabas tu takder maknanya kau nak selamat.

Saban hari setiap tahun, mesti ada berita pasal orang kemalangan kereta. Lagi-lagi kalau time Hari Raya Aidilfitri. Sedangkan itu adalah hari yang mulia untuk kita pulang ke kampung and bersuka ria. Tapi ini tidak, gara-gara semua nak cepat dan tak sabar. Maka kemalangan yang meragut nyawa dan perasaan juga terjadi.
Kenapa perasaan? Sebab ibu ayah atuk nenek cucu cicit saudara mara ipar duai sepupu sepapat dan seangkatan dengannya semua menunggu dengan penuh rasa rindu tapi akhirnya dipersembahkan kain kapan dekat kampung sana.

Jadi tolonglah pandu dengan berhemat dan tak perlu laju-laju pon. Sampai awal-awal kat kampung pon terus terkiok gak kan? So tak perlu la nak rushing2 sangat. Headline paper pagi ni je "Festive Fears".

Moga perjalanan kita selamat dari ancaman bahaya dan moga dirahmati serta diberkati aidilfitri kita nanti. Raya-raya juga, seronok pon kena ingat tuhan. Insya'allah.

Followers