Wednesday, July 20, 2011

All I need is a Teh Tarik and some Roti Canai

Time cuti pendek ni jela harapan untuk aku meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah.
Siapa sangka yang aku akan bertemu dengan beberapa kawan aku dari sekolah dulu. Pergh, lama baiiiiii. Last time tengok muka diorang time Final Exam SPM dulu laa. Lepas tu semua ghaib ntah ke mana.

Ada yang makin tembam, ada yang makin tinggi, ada yang rambut dah kalah pontianak dah, ada yang dress up dia makin style skang. Macam-macam gaya dah aku tengok. Tapi macam biasa la, sifat aku yang tak seberapa peramah ni susah sikit nak masuk bila dah lama tak jumpa kengkawan lama. So aku boleh cakap-cakap macam tu jelaa, so-so je.

Bila aku lepak dengan kengkawan aku yang rapat. Aku bersembang laaa macam biasa dengan orang sampai berjam-jam dari kul  1 pagi sampai kul 7 pagi besok. Sampai terbit weyh matahari tu. Nampak tak betapa becoknya aku bila dah start rapat dengan somebody tu.

So, aku pon bersembang laa dengan kengkawan aku ni. Kitorang mula bersembang apa yang kitorang dah buat lepas exam SPM aritu. Duk mana skang (Ramai dah pindah weyh). Keje or belajar kat mana and macam-macam laa.

Few days ago, aku bersembang laa dengan Shah and Iqbal dekat 7 eleven belakang umah diorang. Harapan kitorang nak pergi McD tapi tak jadi sebab restoran tu buat apa ntah clean segala isi benda kat dalam tu. Hampa tol. Maka, 7e laa jadi mangsa lepak kitorang. Kitorang bersembang laa, bila dah start bersembang, aku pon memang tak reti nak senyap. Aku berceloteh sampai laa dorang ni takleh tahan. 

Kitorang bersembang tentang perkara-perkara bodoh kitorang selalu buat. Cikgu-cikgu dengan ragam masing-masing, ada yang garang ada yang kelakar ada sporting. Dari budak yang nakal suka mencuri, yang kaki bergaduh, yang kuat bersukan, yang playboy suka tukar-tukar awek sampailah ke kaki buat cerita or kaki kelentong dengan kata lain.

Benda ni semua kenangan. Kalau laa ada time travel machine tu. Aku nak patah balik ke zaman-zaman innocent dulu. Bukan nak jadi budak tu balik, tapi aku nak tengok sendiri benda-benda yang kitorang buat secara LIVE :)

No comments:

Post a Comment

Followers